rss

Akta-Akta JPJ dan Polis (yang anda patut tahu)

Labels:
Bahagian 2,Akta 333, Seksyen 12 Akta Pengakutan Jalan 1987

Kuasa Anggota JPJ untuk memeriksa lesen dan roadtax kenderaan. Ini rutin biasa masa pemeriksaan JPJ.


12. (1) Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila -bila
masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki
supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai
yang dinyatakan olehnya dan diperiksa dan, jika perlu, ditimbang dan
diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki
supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia
mempunyai sebab bagi mempercayai¾

(a) bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendakkehendak
Akta ini;

(b) bahawa apa-apa maklumat yang diberi kepadanya berkenaan
dengan kenderaan motor itu adalah palsu, tidak betul atau
mengelirukan;..(ni kalau ubah casis atau roadtax atau lesen memandu)

(c) bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh
guna; atau

(d) bahawa berat, dimensi. ciri-ciri, pembinaan, warna, butir-butir
pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas
pendaftarannya..(selalu nak kena saman kat bahagian ni la, ubah suau kenderaan tak menyerupai kenderaan asal,macam keta wira nak jadi evo la,hehehe, terlalu lowered, dan lain2 ..hahaha)

(2) Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah dengan
serta-merta memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal
keadaan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam
daftar berhubungan dengan kenderaan motor, dan hendaklah pada masa
yang sama menyampaikan atau menyerahkan kepada Pengarah akan
perakuan pendaftaran yang berhubungan dengan kenderaan motor
itu.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 14, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(bahagian ni selalu melibatkan no plet moto dan kereta..Selalunya motor lah sebab macam-macam jenis plat moto ni, yang jenis tin ada, yang nombor sticker ada, yang kecik ada, yang tak da no plet pon ada...hu3)

14. (1) Nombor pendaftaran yang diuntukkan bagi sesuatu kenderaan
motor apabila didaftarkan, atau sesuatu nombor pendaftaran baru yang
diuntukkan di bawah seksyen 11 hendaklah, melainkan jika
diperuntukkan selainnya. diperagakan dan disuaikan pada kenderaan
motor itu mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang
dibuat di bawah Bahagian ini. Tiada apa-apa angka atau huruf lain dan
tiada apa-apa reka bentuk, perhiasan, lekapan atau tambahan boleh
diletakkan pada sesuatu kenderaan motor pada mana-mana tempat atau
dengan apa-apa cara

(a) hingga mungkin mengelirukan atau memperdayakan; atau

(b) hingga menyebabkan lebih sukar untuk dibaca atau dicamkan
nombornya itu semasa kenderaan itu sedang bergerak.

(2) Bagi maksud-maksud seksyen ini. huruf-huruf atau angka-angka
yang diletakkan pada suatu kenderaan motor hendaklah disifatkan
sebagai mungkin mengelirukan atau memperdayakan jika, pada
pandangan atau bentuk kadarnya, huruf-huruf atau angka-angka itu lebih
kurang sama sahaja dengan nombor pendaftaran yang ditetapkan itu atau
boleh disilapkan sebagai huruf atau angka itu atau ia mengelirukan
mana-mana pengguna jalan.(sepatutnya no plet boleh di baca dari jarak 24 kaki)

Bahagian 2,Akta 333, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987

(bahagian ini selalunya berkaitan dengan mempamirkan lesen pada cermin kereta, dan moto)

20. (1) Tiap-tiap lesen kenderaan motor yang diberi di bawah seksyen
16 hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang
berkenaan dengannya lesen itu dikeluarkan mengikut cara dan tertakluk
kepada apa-apa syarat yang ditetapkan.

(2) Tiada seorang pun boleh (sama ada dengan tulisan, lukisan atau
dengan apa-apa cara lain) mengubahkan. mencacatkan, merosakkan
atau menambahkan apa-apa jua kepada sesuatu lesen kenderaan
motor, dan juga tiada seorang pun boleh mempamerkan pada sesuatu
kenderaan motor apa-apa lesen kenderaan yang telah diubahkan,
dicacatkan, dirosakkan atau ditambahkan seperti tersebut di atas, atau
yang angka-angka atau butir-butir di atasnya telah menjadi sukar
dibaca atau yang warnanya telah berubah kerana pudar atau
selainnya dan juga tiada seorang pun boleh mempamerkan apa -apa
tiruan berwarna bagi sesuatu lesen itu.

(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan
suatu kesalahan..(lepas ni tunggu saman je la, hehehe)

Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 26, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(ni bahagian lesen, contohnya kalau ambil lesen moto B2, tak boleh naik moto kuasa tinggi yang menggunakan lesen B)

26. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini,
tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada
apa-apa kelas atau perihalan, di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah
pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu
sesuatu kenderaan motor daripada kelas atau perihalan itu, dan tiada
seorang pun boleh mengambil kerja atau membenarkan seseorang lain
memandu sesuatu kenderaan motor di jalan melainkan jika orang
yang diambil kerja atau dibenarkan memandu itu adalah pemegang
sesuatu lesen memandu sedemikian.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(ni bahagian sapa-sapa yang tak ada lesen la)

39. (1) Tiada seorang yang berumur kurang daripada enam belas tahun
boleh memandu suatu kenderaan motor di atas jalan.

(2) Tiada seorang yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun
boleh memandu suatu kenderaan motor selain daripada motosikal atau
kenderaan orang cacat di jalan.

(3) Tiada seorang yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun
boleh memandu suatu traktor berat, traktor ringan, jentera bergerak
berat, jentera bergerak ringan, motokar berat atau kenderaan
perkhidmatan awam di jalan:

no 4 saya skip

(5) Mana-mana orang yang memandu, atau menyebabkan atau
membenarkan mana-mana orang memandu, suatu kenderaan motor
dengan melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya. (hukuman untuk anda2 hahaha)

Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 40, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(ni kalau seseorang tue lebih dari had laju)

40. (1) Jika mana-mana orang memandu sesuatu kenderaan motor
dengan kelajuan yang lebih daripada apa-apa had laju yang dikenakan
bagi kenderaan motor itu di bawah kuasa-kuasa yang diberi oleh Akta ini,
maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(ni kalau bawak laju dan membahayakan keselamatan orang lainyang menyebabkan kematian)

41. (1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan
dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah
mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis,
keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan
yang ada atau mungkin ada di jalan itu, adalah merbahaya kepada
orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(Menyebabkan kematian kerana memandu denganmelulu atau
membahayakan.Memandu secara melulu dan membahayakan.)

42. (1) Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan
dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, memandang
kepada segala hal-keadaan (termasuk jenis, keadaan dan luas jalan dan
kesesakan lalu lintas yang ada atau mungkin ada di jalan itu) adalah
merbahaya kepada orang awam adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal sabitan kali kedua
atau berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(tak bertimbang rasa masa memandu)

43. (1) Seseorang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa
kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang
munasabah terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(menandu dalam keadaan memabukkan atau mengambil dadah)

44. (1) Mana-mana orang yang, semasa memandu atau cuba memandu
sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain, berada di bawah
pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah hingga setakat yang
menyebabkannya tak daya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan, dan dalam hal sabitan kali kedua atau yang
kemudiannya, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 55, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(bahagian roadblock polis, nampak ja signboard berhenti pada roadblock, berhenti terus, nanti tak pasal2 kena saman macam penulis ni,hahaha)

55. Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan
hendaklah memberhentikan kenderaan motor itu apabila dikehendaki
sedemikian oleh seseorang pegawai polis berpakaian seragam, seseorang
warden lalu lintas berpakaian seragam atau seseorang pegawai
pengangkutan jalan berpakaian seragam, dan jika dia gagal berbuat
demikian maka dia adalah melakukan suatu kesalahan.

Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(ni time roadblock JPJ, kuasa untuk memeriksa dan menahan kenderaan)

59. (1) Mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberikan kuasa
oleh Ketua Pengarah secara bertulis bagi maksud itu boleh memasuki dan
memeriksa manamana kenderaan motor yang digunakan dan bagi
maksud itu boleh menghendaki mana-mana kenderaan motor
diberhentikan, dan boleh menahan mana-mana kenderaan motor selama
tempoh yang dikehendaki bagi maksud pemeriksaan itu, dan boleh
menghendaki pemandu kenderaan motor itu supaya memandu
kenderaan itu ke suatu tempat yang lain bagi maksud pemeriksaan
sedemikian dan boleh menjalankan atas perbelanjaan pemunya, segala
ujian dan pemeriksaan sebagaimana yang difikirkannya patut atau perlu
bagi memuaskan hatinya sendiri bahawa peruntukanperuntukan mengenai
pembinaan, kelengkapan dan kegunaan yang ditetapkan oleh Akta ini
telah dipatuhi berkenaan dengan kenderaan motor itu:

Dengan syarat bahawa tiada kenderaan motor boleh ditahan di bawah
seksyen ini bagi suatu tempoh yang lebih dari empat puluh lapan jam atau
suatu tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan dengan
bertulis oleh Ketua Pengarah dalam suatu hal tertentu.


Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(lesen untuk JPJ sita kenderaan kesayangan anda)

64. (1) Apabila mana-mana orang didapati atau dengan semunasabahnya
dipercayai menggunakan sesuatu kenderaan motor dengan melanggar
Akta ini atau apa-apa perintah atau larangan yang dibuat di bawahnya,
atau dengan melanggar terma-terma lesen bagi kenderaan motor itu.
mana-mana pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan yang diberi
kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, atau Dato
Bandar boleh, pada bila -bila masa didapati bahawa kenderaan motor itu
atau pemandunya tidak dapat dikenal pasti dengan secukupnya atau
bahawa tindakan itu adalah perlu untuk mengelakkan berlakunya lagi
kesalahan itu, membawa atau menyebabkan dibawa atau menghendaki
orang yang menjaga suatu kenderaan motor membawa kenderaan motor
itu ke suatu tempat yang selamat, dan disimpan di situ sehingga
dilepaskan dengan perintah Majistret, Ketua Pegawai Polis, Pengarah
atau Dato Bandar, dengan syarat dan tertakluk kepada subseksyen (3),
kenderaan motor itu tidak boleh ditahan lebih lama dari yang diperlukan
bagi memastikan identiti

pemandu itu atau bagi menjamin tidak berlakunya lagi kesalahan itu, dan
jika mana-mana orang enggan atau cuai mematuhi mana-mana kehendak
itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Mana-mana orang yang tidak diberi kuasa yang mengalih atau yang
menyebabkan dialih kenderaan motor itu daripada tempat yang
selamat adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Mana-mana kenderaan yang telah dialih menurut subseksyen (1),
boleh ditahan di suatu tempat yang sesuai dan ditinggal di situ atas risiko
pemunyanya sehingga apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan di
bawah Akta ini bagi pengalihan dan penahanannya dibayar.

(4) Apabila mana-mana kenderaan motor ditahan di bawah seksyen
ini, pegawai yang menahan kenderaan itu hendaklah, dengan seberapa
segera yang munasabah, memberi notis secara bertulis mengenai
penahanannya itu kepada pemunya kenderaan motor itu jika nama dan
alamat pemunya itu diketahui olehnya, dan jika kenderaan motor itu
tidak dituntut oleh pemunyanya dalam masa tiga bulan dari tarikh
kenderaan itu ditahan, pegawai itu boleh, selepas memberikan satu bulan
notis dalam Warta mengenai niatnya hendak berbuat demikian, menjual
dengan cara lelong awam atau dengan cara lain melupuskan kenderaan
motor itu serta muatannya (jika ada); dengan syarat bahawa tiada
apa-apa notis sedemikian perlu diberikan dalam hal apa-apa muatan
daripada jenis mudah musnah. Hasil, jika ada, daripada jualan atau
pelupusan itu hendaklah dipakai bagi membayar apa -apa fee lesen
yang genap masanya berke naan dengan kenderaan motor itu dan
apa-apa caj yang ditanggung dalam menjalankan seksyen ini, dan
lebihnya jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya kenderaan motor
itu atau jika tidak dituntut oleh orang itu dalam masa dua belas bulan
selepas tarikh jua lan atau pelupusan itu, hendaklah dilucut hak pada
Kerajaan Persekutuan atau Dato Bandar, mengikut mana yang
berkenaan.

Bahagian 3, Akta 333, Seksyen 78, Akta Pengangkutan Jalan 1987

(ni kalau tak berhenti masa roadblock, selalunya masa nampak sign berhenti pemeriksaan polis)

78. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undangundang
lain, mana-mana pegawai polis berpakaian seragam yang diberi
kuasa secara bertulis oleh sekatan seseorang pegawai polis kanan yang
berpangkat Inspektor jalan atau lebih tinggi, termasuk seseorang
Inspektor dalam percubaan, atau mana-mana pegawai pengangkutan
jalan berpakaian seragam, yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pengarah boleh, jika didapatinya perlu untuk berbuat sedemikian
bagi penguatkuasaan Akta ini, mendir ikan atau meletakkan atau
menyebabkan didirikan atau diletakkan apa-apa galangan sebagaimana
yang ditetapkan di atas atau melintang mana-mana jalan mengikut apaapa
cara yang difikirkannya patut; dan mana-mana pegawai sedemikian
boleh mengambil segala langkah yang munasabah untuk
menghalang mana-mana kenderaan daripada dipandu melalui mana-mana
galangan itu, termasuk apa-apa langkah untuk mengejar dan
memberhentikan kenderaan itu jika, setelah mengambil perhatian tentang
hal keadaan pada mana itu, adalah ternyata bahawa jika langkah-langkah
itu tidak diambil besar kemungkinannya yang kenderaan itu akan
terlepas bagi mengelakkan daripada dikesan atau selainnya.

(2) Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa isyarat
munasabah yang diberi oleh pegawai polis berpakaian seragam
atau pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam yang menghendaki
orang atau kenderaan itu berhenti sebelum sampai ke mana-mana
galangan itu, atau cuba melintasi atau melanggar manamana
galangan tersebut, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya.
  1. Bahagian 2, Akta 333, Seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987

    (ni bahagian sapa-sapa yang tak ada lesen la)

    part ni kena study balik...baca Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987